Kursus Team Building @ Genting View Resort

Pada 9-11 Mei 2008, buat pertama kalinya aku telah menghadiri kursus yg dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja iaitu Kursus Team Building Session di Genting View Resort, dekat2 dgn Genting Higlands. Sejuklah jugak(Pagi dengan malam je). Aku merupakan peserta terakhir yg dipanggil menyertai kursus tersebut. Kira Adhoc juga lah, hari rabu dapat call drpd big boss IT tanya nak pergi ke tak kursus, dalam beberapa saat fikir2 ingatkan mesti ada pergi naik atas Genting Highlands terus kata pergi je lahh…lagipun aku nak kenal dengan staff2 IT yg lain yg mana aku berurusan dengan mereka melalui communicator (Lebih dikenali toyol di tmpt aku bekerja) sahaja. Ye lah, aku sinikan kerja sorang2 je, nak kata terer IT sangat xdelah….tp buat2 terer je…lebih happy keje kalo ade rakan sekerja @ team. Bole sharing, keje sorang n pandai sorang2 pun x best gak. Nantikan digelar kera sumbang plak. Tp lagi best keje di kelate. Heheheheh…..sbb akulah boss, aku jugaklah kuli.



Edit1800 Aku dpt call petang Rabu, Boss ajak nak pergi ke tak, aku pun kata ok je. Besok khamis tu cari tiket bas nak gerak malam tu ke Shah Alam. Ni lah kali pertama aku naik bas turun kt Seksyen 17, Shah Alam. Sampai je kt Shah Alam, tgg boss datang ambik. Adelah dekat 1 jam, smpi kul 6.30 pg. Lepak2 jap, betulkan urat sendi duduk lama dlm bas. Lagipun lama jugaklah x naik bas ekspres ni. Adelah dekat 1 tahun. Boss ambik aku dlm kul 7.30 pg terus ke ofis syarikat di Seksyen 15 naik bas utk ke tempat kursus plak. Sampai je kt bas, 2 org je yg aku kenal kt situ selain boss aku, En. Rohaiman dan Yana (Rakan sekerja aku kt ofis Pengkalan Chepa dulu). Aisehhhhman…..cam kera sumbanglah plak aku rasa, semua muka2 asing je bg aku. Masa naik bas tu, tetiba ade sorang pompuan tegur aku, “Awak ni Akmal kan?”, aku pun selamba je jawablah ye….rupa2nya yg tegur aku tu adalah Secretary kpd Timbalan Pengarah Urusan, kakak kpd member aku yg keje di bahagian mesin di Kelantan. Sebelah dia tu x silap aku staff HR yg aku selalu emailkan kepadanya bila je ade staff baru.


Aku naik bas tu adelah dalam tu 7 org lelaki yg semua aku x kenal, xde sorang pun org IT. Lpas tu baru kenal, salah seorangnya adalah Pengurus Sumber Manusia. Naik je bas, terus aku tido sekali lg. Sedar2 je dh pun sampai kt tempat kursus. Maka bermula lah kursus pertama aku dimana aku sorang je wakil staff dr Kelantan. Sampai je baru aku dapat kenal beberapa IT staff kt situ yg juga baru sampai dengan menaiki kereta (Pagi tu diorang terpaksa wat maintenance dulu). Budak2 IT kt sana peramah jugak Cuma aku je yg pendiam sbb xde modal nak sembang n wat lawak sbb x kenal lg hati budi diorang. Kenal melalui alam maya je atau telefon. Tp bila je bebudak IT ni masuk dalam kursus, mmg meriah dgn gelagat diorang ni. Di gelar budak2 nakal kt ofis Shah Alam, hubungan mereka pun rapat. Ade macam2 ragam, ade yg mulut bising, suka wat riuh rendah, mat selamba, mat macho, mat siviks, macam2. Apepun penglibatan bebudak IT dept telah menceriakan suasana kursus tersebut. Kalo aku bekerjasama dengan mereka ni, mungkin aku pun jadi budak nakal jugak. Heheheh…


Edit2800 Kursus aku hadiri ini adalah kursus yg mempelajari teknik mengenali diri sendiri dan mengenali orang lain melalui sikap mereka dan menyesuaikan sifat2 peribadi kita di tempat kerja. Kira macam belajar psikologi lah. Belajar kenali diri sendiri, sifat org lain dan cuba membangunkan kemahiran2 yg diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan tugasan yang diamanahkan, dan juga etika bagaimana bekerja dgn staff2 yg lain yg pelbagai sifat peribadi. Rakan sekerja kan macam2 perangai, ade yg jenis sensitive, ade yg jenis mulut kepoh, ade yg suka bekerja sorang2, ade yg x bergaul dgn orang lain dan macam2 lagi. Lebih kurang gitulah content utama kursus yg aku hadiri. Disamping itu ada juga aktiviti2 yg menyeronokkan selain drpd dengar ceramah. Best jugak game2 yg kitorang main especially yg paling best main game dlm kolam. Huhuhu…sejukkkk…..Makan pun best2 gak..6 kali sehari makan. Kalo lunch/dinner tu selain dr menu utama, makanan sampinan siap ada sup, buah-buahan, puding dan salad bersama mayonis, makanan mmg sangat2 sedap….Sepanjang kursus ini, aku x banyak sangat bercakap, lebih banyak mendengar sebab aku hanya tau bercakap perkara yg berkaitan dengan kerja aku, tentang kelantan dan operasi di kelantan je. Ye lah kan, satu2nya wakil staff dr Kelantan. Tp aku cuba sedaya upaya untuk bergaul dgn diorang ni semua walaupun Cuma 2 hari baru mengenali semua peserta yg semuanya staff dr Shah Alam.


Last sekali, lepas aje abis kursus petang Ahad, 11 Mei 2008. Ambik gambar beramai2 dan buat pertama kali nya aku menjejakkan kaki di ibu pejabat syarikat di Shah Alam. Kira wat lawatan x rasmi lahh.. Boss aku dengan junior staff aku tunjuk kan aku sekitar ibu pejabat, kawasan dept IT dan kilang. Boss aku tunjuk ckit je sbb dia nak balik tgk anak2nya…heheheh…Aku pun lepaklah dalam pejabat tu, pergi kat Bahagian Akhbar dan jumpa beberapa staff yg pernah bekerja bersama di Kelantan, dan juga beberapa staff baru yg x pernah ku kenali. Kuar makan sekali dengan bebudak grafik dan juga sub editor. Sembang macam2. Lps tu aku lepak kt ofis kt sana sambil tgk diorang ni keje. Abis je ops editorial lebih kurang kul 12mlm. Aku telah dibawa oleh junior staff melawat bilik server, kilang mesin, bilik prepress dan lain-lain. Kul 2 pg br balik ke rumah sewa. Pagi esok, 12 Mei 2008, Aku gerak balik ke Kelantan naik bas ekspress pada pukul 8.30 pg. Aisehhh…dalam bas otw balik pun terima macam2 telefon tentang masalah IT di Kelantan. Kacau betol aku nak tido. Besok tu aku kena trip ke Terengganu plak. Dekat 1 minggu x duduk dalam pejabat.



Ps : Dalam bulan Mei 2008, ade 3 trip outstation aku termasuk 1 annual dinner syarikat di  pada 24 Mei 2008. Best jugak travel2 ni.

                            

13th Mac 2008

Last 13th MAC 2008, Thursday, I became older another years. Hmmm if I’m a soccer player, this is at the mid age of soccer career. At this age, the player have to be on top performance and already have achieve their goal/dream in their career. The normal age for active soccer player is around 18-34 years old. Normally, after 30 years old, the soccer player performance to descend slowly before retirement except the best player. Well, I’m not a professional soccer player. I’m just ordinary guy who work at local newspaper company which is everyday face IT problem. With a little salary (At least pleaselah standardize salary base on academic qualification) but work like “Kuli Batak”. This is Malaysia economy right now, the rich will be more rich, the poor will be more poor. Hopefully, after this politics tsunami, our life will be more better.

Image_birthday This year my birthday more special. Before this my birthday just celebrated by my family only. This time, it’s not only my family but also by my collagues and friends. On 12 am 13th Mac 2008, I got birthday wish by my special friend on sms. At home after back from work at about 1 am, there’re presents on my bed given by my sisters and family. On the next day, I have celebrated by 2 cute gal from skuad Pasir Mas 1 & 2, Wawa n Hazel. They celebrate my birthday by treat me Pizza Hut at Pengkalan Chepa. Pizza Hut is one of my favourite restaurant. The next day, there are barbeque at Tok Bali, actually I never expected they will give me surprise birthday cake for me, it’s so sweet and surprise. They all sing Happy Birthday song together, some of them also surprise because not expected that K.Nomie will be an organizer to bring a surprise birthday cake to me. Thank you very much Kak Nomie for your delicious birthday cake. It’s very good and sweet memory.

Well, now I’m 26 years old. At this age some people have to be very mature guy. But I still like to be a boy, not ready yet to be a man. Don’t know why. Maybe just to have fun in this life and not ready yet to taken responsible to have a family yet. Right now I just want to focus on my family and my sisters. Either way, I don’t find the Miss Right yet. Another main reason is, I don’t get a good job which is given standardize salary base on my degree qualification. By the way, I’m still thanks to god what I got now. Beside that I also have income from internet, not too much but it is still given to me save money for the future and also to spent money for something.

Last but not least, Thank you very much for whom celebrate my birthday, This year 2008, my birthday celebration are the sweetest memory in my life. Almost all my family and friend wish me Happy Birthday by direct or indirect, by my friendster page, my email and my website (www.aktechpage.com). Thank You Very Much. Laughing

Ps : Sejak akhir2 ni, aku malas dh nak update website ni atau menulis….Rasa masa semakin pendek je…. Undecided

Dikir Barat

 


Persembahan Dikir Barat oleh pelajar Malaysia di Warwick University. Agak kreatif juga walaupun alat muziknya hanyalah kompang. Corak tepukan dan persembahan juga bole dikatan oklah.


Ratu Dikir Barat, Rosalinda...

Cabaran Kerjaya IT

Cabaran kerjaya IT?....meh aku nak citer cabaran-cabaran yang dihadapi oleh aku sepanjang aku bekerja sebagai IT Eksekutif di tempat kerja aku sekarang. Aku akan ceritakan sikit kat sini walaupun ada rakan sekerja dan juga bekas rakan sekerja aku yang sentiasa melawat website aku ini dan sentiasa memerhati setiap penulisan aku di sini. (Selalu baca artikel kat website aku tapi hampeh x memberi komen langsung terhadap sesuatu artikel). Manusia ini macam-macam, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Manusia juga mempunyai ego masing-masing dan sentiasa menganggap apa yang dilakukan olehnya adalah yang terbaik baginya. Begitu juga dengan aku sebab aku juga adalah seorang manusia biasa. Aku juga sentiasa percaya apa yang aku lakukan juga adalah yang terbaik untukku dan juga untuk orang lain. (Tapi mestilah ada orang yang tak suka tindakan aku, sedangkan Nabi sendiri pun pernah dibaling batu sampai berdarah, inikan pula manusia biasa macam aku).

Apa yang boleh dikatakan kerjaya aku sekarang ini telah memenuhi beberapa imaginasi aku sebelum ini. Antaranya ialah dapat bekerja dalam satu organisasi yang besar (Dulu organisasi kecik), bekerja dalam 1 pasukan (Bukan kerja sorang2), dapat berkomunikasi dengan semua orang tanpa mengira darjat dengan mesra (Tak memilih kawan yg hanya boleh memberi kepentingan kepada diri sendiri sahaja), dapat menolong orang lain, tidak mempersoalkan tindakan orang lain (Layan je, macamlah kita bagus sgt nak Soal itu ini), menjadi orang yang penting dalam sesuatu organisasi tersebut (Ye ke??? Bolelahh…). Alhamdulillah. Tapi ada juga kerjaya aku ni tidak memenuhi beberapa perkara yang diimaginasikan dulu. Tak boleh bagitau kat sini nanti ada orang akan menggunakan apa yang aku tulis disini untuk menyerang aku (Ore kelate sebut ‘Mapuhh’). Opsss…www.aktechpage.com kan dah glamour sekarang ibarat Majalah PlayBoy di pasaran Indonesia (Perasan sikit…), mesti ramai yang baca artikel ini nanti.

Kerjaya aku ni boleh dikatakan tiada pengkhususan khas dalam bidang IT. Kena serba boleh, selalunya ialah menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengan IT di Kelantan dan Terengganu walaupun masalah IT itu kadang2 hanyalah nak delete file dalam thumbdrive je (Disinilah aku belajar tidak mempersoalkan segala tindakan orang lain, sbb sesetengah orang mmg langsung xde basic IT). Contohlah, kalau IT pengkhususan dalam PrePress, kerjanya hanyalah memastikan yang plate-plate boleh dikeluarkan setiap hari tanpa ada sebarang masalah. Itu je, kerja dengan mesin je. Kalo kerja tambahan pula, kira stok inventori plate, buat rekod. Kerjanya xde kaitan dengan kerja orang lain. (Yang penting kerja aku siap, kerja orang lain pergi mampuslah) Salah satu kerja aku, line telefon/faks yang bermasalah. Jikalau aku tidak dapat selesaikan masalah ini dalam kadar cepat, akan menjejaskan kerja-kerja orang lain. Order x bole wat lah, nak hantar cek susahlah, nak cakap dengan agen tak dapatlah. (Disinilah aku belajar erti bekerja dalam 1 organisai yang kadangkala penuh dengan politik)…nasib baik Mesin Faks dah x masuk dalam tugasan aku skrg. Cuma aku akan tolong dalam hal ehwal faks mengfaks ni jika diperlukan. Pengalaman lalu mengajar aku…

Akan bersambung ………

Ps : Sekarang di gelar “Selfish” pulak……hohohohoho………susah bercakap dengan orang pandai cakap dan hebat (Lps ni kena panggil si dia abg dah …selalu kena tegur dan dinasihati setiap tindakan aku)…..

Bolehkah Masalah Menyelesaikan Masalah?

Sebenarnya manusia mudah memberikan label untuk semua yg dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak mengatasinya ataupun tidak. Psikologi manusia memang hendak mudah. Kalau ada sesuatu yg boleh dilabelkan sebagai masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak daripada mengatasinya.

 

Dah memang masalah. Nak buat macam mana?”

 

Biasa dengar begitu?

Masalah sebenarnya membuka peluang. Selama mana masalah dianggap masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yg menghempap kepala. Sebaliknya jika masalah dianggap peluang ia bukanlah sebiji batu yg menghempap tetapi sebutir emas yg jatuh di atas kepala.|

 

Benarkah masalah membuka peluang?

Lihat apa yg dilakukan oleh Thomas Edison. Dia ada masalah ketika hendah menelaah, maka itu membuka peluang baginya memikirkan sesuatu, seterusnya membuka peluang baginya mencipta mentol.

 

Ketika semua orang kelaparan apabila berpindah dari pejabat lama ke pejabat baru, timbul idea dalam fikiran haznira untuk berniaga. Dia membawa sebakul buah-buahan dan mejualnya kepada rakan2. Dia memperoleh dua pendapatan iaitu gaji bulanan dan keuntungan hasil jualan.

 

Ketika Akmal ada masalah menyambungkan wayar telefon ke komputernya untuk melayari internet disebabkan wayar itu tidak cukup panjang dan kedudukan barang-barang dirumahnya tidak boleh diubah-ubah lagi, pereka telah memperkenalkan sambungan tanpa wayar.

 

Jangan anggap masalah itu masalah. Selama masalah dianggap masalah ia akan menjadi masalah, tapi kalau masalah diganti pada perkataan peluang ia akan menyebabkan otak kita berfikir secara lebih kreatif. Ia akan memberikan pelbagai idea yg tak terjangka oleh kita.

Ps : Keje aku menghadapi masalah…masalah di opis, masalah di rumah, masalah dgn member2 n mcm2 lg. Kadang2 mmg menyakitkan kepala. Oleh itu dlm 1 hari seminggu. Aku akan rest otak aku drpd berfikir pasal masalah. Barulah life is wonderful…tp kadang2 ada masanya kita akan rasa putus asa dan sedih oleh sebab masalah.

Ps2 : Kerja aku ialah menyelesaikan masalah IT kt opis yg selalu je berlaku. Kdg2 masalah ni menyakitkan kepala jgk...ttp kdg2 masalah IT kt opis nie simple je cuma opismate je selalu nak bermanja dgn aku. oklahh..lagipun kerja IT Exec ni pun best jugak, dpt byk membantu org dan belajar bergaul dgn semua staff di semua dept....byk pahala aku dapat, ameeennn...kalo keje sorang2 pun x best gak....

Salam Aidilfitri 2007

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang


Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Buah Hatiku...

Setelah hampir 2 tahun menabung lebih kurang dalam RM200 tiap-tiap bulan dari hasil gaji, setelah hampir 4 bulan membuat tempahan untuk mendapatkannya. Akhirnya, tanggal 2 September 2007, dapat juga aku memiliki buah hatiku. Buah hatiku ini fizikalnya agak kecil, hidung agak mancumg, memiliki mata yang cantik dan bersinar serta gayanya ringkas dan sempoi. Ehem..ni buah hatiku yang kedua, sekarang dah ada 2 buah hati..heheheh...jangan mare....kan lelaki ada kuota sampai 4. Orang lelaki boleh mempunyai buah hati beribu-ribu lemon....


Siapakah buah hatiku itu? Heheheh buah hatiku yang kedua ini ialah kereta pertama yang kubeli dengan duit sendiri (Tak main aaa pakai kereta mak ayah..)..kereta Proton Saga Iswara Aeroback 1.3M Aeroback PST LM (Depan Iswara belakang Saga..tp ramai kata matanya lawa…)..Alhamdulillah, walaupun dengan gaji yang tak seberapa dan tak berpadanan dengan kelayakan akademik(Kerja dgn Syarikat Bumiputera yang kedekut)..dapat juga aku memiliki kereta ini. Selepas 2 tahun merempit dengan motor Honda, sekarang nak merasa plak memandu kerete sendiri. Huhuhu..dalam 3 minggu ni beribu jugalah abis. Bulan September ni gaji aku mmg abis, nak bayar bil internet, bil ASTRO, dan yang paling hampeh saman speed trap RM300. Kali ke-2 kena saman dalam hidupku. Cobaann…..

Iswara_2_1

Apapun, bak kata orang, pkai kereta ni memang banyak pakai duit. Bukan mcm pkai motor, perbandingan belanjawan pkai moto dengan kereta ialah 10 kali ganda. Contohnya, minyak motor, buh RM5 dah penuh dah tangki dan bolehlah bertahan selama 3 hari ulang-alik dari rumah ke ofis. Tapi kereta ni plg koman aku kena isi RM50…tu pun belum penuh lagi tangkinya dan bertahan selama 4 hari kot. Untuk sementara waktu ni, aku mungkin akan bawa kereta dan motor ke ofis @ jalan2 bergilir2..Nanti kang merajuk plak motor aku tu kang. Apapun dengan memiliki kereta ini, dapat jugak aku jaga status aku sbg seorang yang bekerja di sebuah syarikat yg berprestij (Ye ke??) dan juga jaga nama baik mak bapak angkat aku. Sekurang2nya saudara mara respeklah jgak kt aku n my family. Serta orang kampung…Takdelah diorang anggap aku ni keje kilang ke..Tp biasanya apabila aku sebut je aku keje kt Sinar Harian, semua orang akan cakap “Keja Wartawan ke??”..kalo mak bapak aku mmg jawab “iyo”. (Sebab diorang maleh nak explain apekebende keje aku).


Tapi hampeh juga pkai kereta ni, makan banyak duit wooo...Lagi satu bila bawak kereta, rasa tak bebas ckit. Nak parking susah dan kekadang tu kena bayar plak, x macam motor, bebas dan boleh letak kat mana2 yg sesuai serta free, senang terperangkap dlm jem, kalo motor boleh mencelah2…cepat ckit smp rumah. Untuk sementara waktu ini, aku tidak menggunakan kereta terlalu kerap, aku hanya menggunakan kereta apabila memerlukan sahaja iaitu seperti hari hujan, bawak family jejalan dan jugak bawak awek (Dalam proses memikat).

Ps : Adakah Gadis Pantai Timur (Selising) merupakan buah hati sebenar pertama ku ???....

Salam Ramadan Al-Mubarak

Hari ini masuk hari ke-5 aku berpuasa bersama umat Islam yang lain di Malaysia. Buat pertama kalinya aku berpuasa di tempat kerja aku, dan juga pertama kalinya berbuka puasa di ofis. Huhuhuh…tak best berbuka kt ofis…adelah dekat 5-6 org berbuka, berbuka bersama staff Jabatan Editorial, wartawan2 Sinar Harian Kelantan. Aku sorang je alien kt ofis (IT sorang je staff di Peng. Chepa yg jaga server 2 negeri)…heheheh…Apapun best jugak berbuka di ofis, rasa macam dok jauh dr kampong plak. Sekali sekala berbuka bersama rakan sekerja best jugak, dapat merapatkan silaturahim dan dengar gosip2 terbaru semasa berbuka bersama. Berkawan dengan wartawan ni best, dapat dengar banyak cerita2 menarik tentang macam-macam. Cerita tentang politik, kemalangan, jenayah dan makanan…

 

Tapi yang x bestnya, pertama kalinya juga aku tidak dapat menjalankan ibadat yang paling best di bulan Ramadhan, iaitu sembahyang Teraweh. Aku cuma dapat menjalani ibadah ini semasa cuti hujung minggu sahaja, yakni aku cuma dapat sembahyang teraweh 2 kali seminggu. Kalau dihitung sepanjang bulan Ramadhan ini, aku hanya dapat sembahyang teraweh sebanyak 6 kali sahaja. Hmmm…rasanya mungkin aku akan curi time keje 1 jam dr pukul 8.15mlm hingga 9.15mlm untuk sembahyang, bukan tiap2 hari..sekali sekala udah ler…kang bising plak kt opis pasal aku ponteng keje. Kat tempat keje aku kalo sembang pasal perkara buruk tentang orang mmg hebat, kat sini kalo sesiapa tak pandai bercakap buruk tentang rakan staf yang lain, akan tidak mempunyai pengaruh, tetapi kalo seseorang staff itu hebat bercakap buruk tentang orang lain, dia akan dihormati dan akan mempunyai pengaruh. Hmmm..nampaknya dunia mmg betul2 nak kiamat dahh….Aku??...lebih suka diam dan buat2 bodoh sahaja…

Oklahh..melalut jauh plak…dikesempatan ini, kepada sesiapa yang baca blog ni, kawan-kawan yang mengenali aku. Aku ingin mengucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK…
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA…
BANYAKKAN BACA QURAN DAN MELAKUKAN PERKARA BAIK.
SENANTIASA SABAR DAN TABAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Letak teratai dalam dulang
Di hias dengan daun cemara
Banyakkan doa semasa sembahyang
Mohon diampuni dosa di dunia.

Anak kecil duduk bersama
Bermain bergembira sesama mereka,
Siang hari kita berpuasa,
Solat Tarawih dimalam harinya.

Pusing kepala ubat dicari
Dimanakah disimpan untuk didapat
Solat tarawih di malam hari
Barulah mendapat manfaat.

Berbuat baik berpada pada
Pasti ramai orang suka
Waktu berbuka perlu bersegera
Jangan nafsu menguasai Anda

Jika ada salah silap sepanjang menulis disini…ada yang terasa…

Setiap manusia walaupun namanya bermaksud “sempurna”…tidak lari dari melakukan kesilapan.

Mohon Maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung jari kaki.


ps :
Selamat Berpuasa…semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik untuk kita semua. Ameen.

Musim Buah + Musim Kahwin

Cuti sekolah dah pun abis, adik aku yg belajar kt Kolej Matrikulasi kt Kuala Pilah pun dah balik semula ke kolej pada 24 Ogos yang lalu. Dalam cuti sekolah ni walau tak sempat bawa adik-adik aku gi jejalan..Cuma dapat bawa diorang kuar makan special  je 2 kali..cukuplah…Bulan Julai dan bulan Ogos ni merupakan musim buah dan musim kahwin. Dan juga orang kata, ini juga adalah petanda permulaan musim iaitu musim puasa, hari raya, saman, ops sikap dan kemalangan…oppsss…

Mula dulu dengan musim buah, musim buah yang paling best ialah pada masa inilah aku dapat makan buah tempatan yang best dan sedap. Antaranya buah yang menjadi kegilaan orang ramai ialah durian (Sedap buat pulut durian), manggis, rambutan (I don’t like it), dokong (My favourite) dan langsat. Masa inilah juga aku dan ayah aku akan kebun untuk melihat kebun dan membersih kebun setelah hampir setahun tidak mengunjunginya. Kebun family dan juga kebun orang yang keluarga aku tolong jaga. Tapi….sejak kerja kat syarikat akhbar ni..aku nak panjat pokok pun dah tak boleh…baru je nak panjat dah ade orang call aku pasal problem kt opis…huh…x leh konsentrate langsung..hampagas btoll..dah tak boleh makan buah atas pokok dah…heheheh…Tapi sekarang dah penghujung musim buah…buah yang sedang hangat sekarang Cuma buah rambutan je. Tunggu plak musim tahun depan.

Ok…masuk plak musim yang best..musim kahwin. Bila je cuti sekolah bermula, maka bermulalah pesta kahwin sana sini di Kelantan. Sepanjang jalan dari Pasir Mas ke Salor pasti ade je bunga mangga menunjukkan majlis kahwin disitu yang kelihatan masa aku nak pergi ofis setiap hari (Aku stat keje kul 2.00 petang). Aku pun kali ni banyaklah jugak dapat undangan majlis kahwin dari member, ade 1 kat Perak, 1 kat Penang, 1 kat Kedah, 2 kat KL dan yang banyak sekali mestilah di Kelate. Errkkk..rasanya x pergi yang luar Kelate tu kot..dekat2 je lah….keringlah aku kalo pergi juga nanti..dahlah tarikh dekat2 je…cukuplah sekadar menghantar hadiah dan ucapan. Kawan-kawan sepejabat aku pun banyak jugak yang kahwin, adelah 3@4 pasang yang bertemu cintanya ditempat kerja dan terus kahwin. Huh…macam tradisi plak..bercinta dan berkahwin rakan sepejabat kat tempat kerja aku ni (Senior yang cakap)… makin kuranglah teruna dan gadis di ofis..tapi kebanyakan bunga-bunga di ofis sini dah menjadi hak milik orang. Cuma menunggu masa sahaja untuk dipetik dan digubah. Aku pun dah tak sempat nak memiliki 1 bunga tu.. Sape tu???....Sape2 aahh…..

Aku??..heheheh still single dan solo. Cukuplah 4 perempuan dalam hidup ku sekarang..ni pun dah tak larat nak layan…tambah 1 lagi..adehhh…migrainlah kepala aku…Tapi, sebagai manusia mestilah nak jugak wanita yang boleh tidur sebantal dan seselimut…oppsss...kalo tidak..ade yang x kenalah tu…Cuma sekarang nak focus pada satu persatu dulu..banyak lagi impian aku yang tak tercapai….tapi setakat ini, alhamdulillah…perkara yang aku berimaginasi (Bukan angan-angan) dulu dah ade yang tercapai sekarang.. Contohnya, menjadi orang yang penting di ofis…Penting ke??!!!..entahlah…terserah pada orang yang melihat cara aku bekerj. Lagipun kalo ade yang tersayang pun, mungkin aku x bole nak bagi komitment, Why?? Because time is killing me…Sekarang ni 24 jam sehari cam tak cukup je. Macam2 aku nak buat dalam 1 hari. Tapi selalunya apa yang aku nak pasti akan dapat (Tak semua), Cuma perlu berusaha, sabar dan tunggu…oklah takde idea dah nak tulis…banyak lg mende nak wat ni…Chow…

Ps : Menanti setia pada yang SATU.

My Survery Of The Week

1. What do you want for your birthday?
- happiness

2. Who will be your next kiss?
- guess who??

3. When was the last time you went to the mall?
- today...survey for a new handphone..

4. Are you wearing socks right now?
- nope (In da house maa…)

5. How did you spend your summer?
- Summer?? Ade ke kt Malaysia...??

6. Have you been to the movies in the last 5 days?
- nope..sini xde wayang lorr…

7. What was the last thing you had drink?
- Tea o panasss….

8. What are you wearing right now?
- just jeans…..no t-shirt..really hot 2nite

9. What was your last purchase?
- CDR, 10 pieces, RM10

10.What was the last food you ate?
- dragon fruit…yg merah2 tu….

11. Who would be the person you would call if you were up in the middle of the night and couldn't sleep?
- not call anyone..just open my laptop and YM….surf internet..

12. Have you bought any clothing items in the last week?
- nope..

13. Do you have a pet?
- cat, black cat

14. What made you laugh in the last 5 days?
- movie “Pirates of The Caribean 3” and “Happy Feet”

15. If you could be anywhere right now, where would you be?
- London…

16. What is the last thing you purchased online?
- internet marketing ebook

17. One thing you hate about yourself?
- afraid to try sumthing new and involve in competition

18. What's your favourite soup?
- Sup Belut Pedas

19. Do you miss anyone?
- yes i do.

20. What are your plans for the day?
- update my frenster profile and make a little research about new website

21. Last person you msg'd?
- my partner.

22. Ever went to camp?
- yes..While study at UPM

23. Are you a good student in school?
- average

24. What do you know about the (your) future?
- hope to make lots of money

25. Are you wearing any perfume or cologne?
- nope…badan bau wangi dah…

26. Where is your best friend right now?
- Maybe at home…